Era Perang Dunia II dan Perang Korea Jeneral_Tentera_Darat

Apabila keperluan logistik dan kepimpinan tentera dalam Perang Dunia II meningkat selepas pendaratan Normandy pada Jun 1944, pihak kerajaan Amerika mencipta satu versi baru General of the Army. Pangkat lima bintang dan kuasa General of the Army yang setaraf Fleet Admiral tentera laut telah dizahirkan oleh satu Akta Kongres buat kadar sementara apabila Undang-Undang Awam 78-482 diluluskan pada 14 Disember 1944,[5] yang hanya menyediakan 75% gaji dan elaun untuk gred mereka yang telah bersara.[6] Pangkat ini adalah sementara, tertakluk pada pengembalian pangkat kekal enam bulan selepas berakhirnya perang. Pangkat sementara itu kemudiannya diisytiharkan tetap pada 23 Mac 1946 oleh Undang-Undang Awam 79-333, yang juga memberi gaji dan elaun penuh untuk gred mereka yang telah bersara.[7][8] Ia dicipta untuk memberikan panglima paling kanan Amerika persamaan pangkat dengan rakan British mereka yang memegang pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada. Pangkat General of the Army yang kedua ini tidak sama dengan era versi pasca-Perang Saudara kerana peranannya dan berbintang lima.

Insignia bagi pangkat General of the Army 1944 mengandungi lima bintang dalam susunan segilima, dengan setiap bucu bersentuhan. Lima pegawai yang pernah memegang pangkat versi General of the Army 1944 dan tarikh setiap pelantikan adalah seperti berikut:

      •  George Marshall16 Disember 1944
      •  Douglas MacArthur18 Disember 1944
      •  Dwight D. Eisenhower    20 Disember 1944
      •  Henry H. Arnold21 Disember 1944
      •  Omar Bradley22 September 1950

Tempoh pertama empat pelantikan ini disejajarkan dengan lantikan pertama tiga Laksamana Armada lima bintang adalah seperti berikut:

      •  William D. Leahy15 Disember 1944
      •  Ernest King17 Disember 1944
      •  Chester Nimitz          19 Disember 1944

Ini adalah untuk mewujudkan turutan senioriti dikalangan jeneral dan kesetaraan antara perkhidmatan. Lantikan terakhir pangkat lima bintang tentera laut ialah William Halsey pada 11 Disember 1945.

Walaupun secara singkat dipertimbangkan,[9] pihak Tentera Darat A.S. tidak memperkenalkan pangkat Field Marshal. Di Amerika Syarikat, istilah "Marshal" secara tradisinya digunakan untuk pegawai penguatkuasa undang-undang awam, khususnya Marshal AS, serta bekas ketua polis negeri dan tempatan. Di samping itu, pemberian pangkat nama "marshal" akan menyebabkan George Marshall ditakrifkan sebagai "Field Marshal Marshall", yang dianggap kurang elok.[9][10][11][12]

Eisenhower melepaskan tauliah tenteranya pada 31 Mei 1952 untuk bertanding jawatan presiden AS. Selepas Eisenhower terpilih dan berkhidmat selama dua penggal, Presiden John F. Kennedy menandatangani Undang-Undang Awam 87-3 pada 22 Mac 1961,[13] yang meluluskan pelantikan semula Eisenhower "ke tugas aktif Tentera Darat Tetap mengikut gred lamanya, iaitu General of the Army dengan tarikh pangkat lama mengikut gred tersebut".[14][15] Pangkat itu pada hari ini diperingati pada papan tanda yang tertera Sistem Lebuhraya Antara Negeri sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Antara Negeri Eisenhower, yang memaparkan lima bintang perak dengan latar belakang warna biru muda.[16][17]

Arnold, seorang jeneral dalam Tentera Darat, adalah Panglima Angkatan Udara Tentera Darat (USAAF) semasa beliau dinaikkan pangkat General of the Army. Selepas Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) menjadi perkhidmatan yang berasingan pada 18 September 1947, pangkat Arnold turut dibawa ke Tentera Udara, sama seperti semua anggota USAAF, peralatan, dan lain-lain juga dibawa. Arnold merupakan yang pertama dan, setakat ini, satu-satunya Jeneral Tentera Udara. Beliau juga merupakan satu-satunya orang yang pernah memegang pangkat lima bintang dalam dua cabang perkhidmatan Angkatan Tentera AS.[18]

Pegawai-pegawai yang memegang pangkat General of the Army ini kekal menjadi pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat seumur hidup, dengan gaji tahunan $20,000 dan elaun, bersamaan dengan $285,000 pada 2018. Mereka berhak mendapat sebuah pejabat yang diselenggara oleh pihak Tentera Darat berserta dengan seorang juruiring (berpangkat Kolonel), seorang setiausaha, dan seorang pembantu peribadi.[19]

Rujukan

WikiPedia: Jeneral_Tentera_Darat http://usmilitary.about.com/library/milinfo/armyor... http://articles.baltimoresun.com/1991-03-28/news/1... http://www.presidency.ucsb.edu/ws/index.php?pid=85... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-75/pdf/STATUT... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-90/pdf/STATUT... http://www.history.army.mil/faq/faq-5star.htm http://www.history.army.mil/html/faq/5star.html http://www.army.mil/usapa/epubs/pdf/r600_20.pdf http://handle.dtic.mil/100.2/ADA328220 http://handle.dtic.mil/100.2/ADA378445